Saturday, September 22, 2018

PERJUANGAN PPF

MENGIMBAS PERJUANGAN 2008 

DIBAWAH ADALAH POSTING SAYA 10 TAHUN LALU PADA 18 NOV 2008 !


Salam sejahtera semua rakan perjuangan,

Sudah tiba masanya kita mengubah corak langkah dasar perjuangan dalam pembangunan profesion keseluruhannya. Kesatuan telah memainkan peranan baik selama ini dan satu usaha terbesar yang dilakukan selain usaha2 lampau ialah penukaran title ke Pen.Pegawai Farmasi. Walaupun secara peribadi saya telah jelaskan tidak menyokong gelaran ini.

Tetapi kejayaan tetap telah dilakukan oleh Kesatuan dan sekurang-kurangnya telah meningkatkan imej kita ke satu tahap yang lebih dari sebelumnya.
Pegawai-pegawai juga sudah mula menerima kita dengan gelaran baru ini.

Ingin saya mengolah kembali artikel saya sebelum ini berkaitan gelaran baru ini. Satu kajian yang komprehensif mengenai pro dan kontra pemilihan gelaran harus dilakukan dahulu lagi dengan mengambil kira sebab dan akibat serta mengambil kira hala tuju Pegawai Farmasi kerana jika kita mengetahui halatuju mereka, kita akan juga dapat menyesuaikan diri dengan perubahan besar yang bakal berlaku kepada sistem perkhidmatan Farmasi. Mungkin ramai yang baca akan marah terutama AJK kesatuan. Saya tidak akan siarkan artikel tanpa sebab munasabah dan selepas mendapat maklumat lengkap dari mereka-mereka yang berilmu tinggi.

Saya amat dekat dan selalu berbincang dengan para Pengajar di Kolej, Pen.Setiausaha Bhg Latihan, anggota HKL, Persatuan dan beberapa ahli-ahli dinamik PPF dimana mereka kerap menerima maklumat2 terkini semasa mesyuarat peringkat atasan. Pandangan saya bukan pandangan peribadi tetapi mewakili juga para cendiakiawan PPF dan bekas PPF yang telah menjadi Pengajar dan Pen.Setiausaha (BPL). Mereka benar2 kecewa dengan pemilihan gelaran baru ini. Ini adalah fakta sebenar.

Kenapakah gelaran baru ini tidak dipersetujui? Inilah persoalan yang semua harus ketahui. Kita tidak boleh mengelak dari hakikat bahawa profesion kita sebenarnya adalah kumpulan sokongan kepada Pharmacist. Jika dahulu memang kita berada dibarisan hadapan, tetapi peranan tersebut diambil oleh Pegawai kerana ia memang tugas mereka sebenarnya. Kita tidak harus rasa terancam dalam hal ini. Di Malaysia peranan tersebut sangat lambat dikendalikan secara langsung oleh Pegawai Farmasi. Maksud disini ialah berperanan di perkhidmatan kaunter bersama-sama juga dengan Penolong Pegawai Farmasi bila diperlukan.

Untuk makluman semua, dalam Persidangan Pen.Pegawai Farmasi Perak pada 31 Oktober lepas, saya amat terharu dengan taklimat oleh TPKN(F) Tn.Hj.Ruhaiyem yang banyak menyentuh pembangunan profesion kita sedalam-dalamnya. Beliau ada menyebut tentang kesilapan Pegawai Farmasi sendiri yang memilih gelaran yang salah iaitu "Pegawai Farmasi" yang mana menurut beliau sepatutnya memilih gelaran "Ahli Farmasi". Beliau mengatakan bahawa "sudahlah kita tersalah pilih nama, u all pun ikut belakang nama Pen.Pegawai Farmasi"! Menurut beliau gelaran "Pegawai Farmasi" sendiri mirip kepada tugas2 pentadbiran dan tidak mencerminkan tugas klinikal. Seterusnya beliau mencadangkan kita memilih gelaran teknikal seperti diluar negara sebagaimana yang saya cadangkan.

Ini adalah kerana sebenarnya kita dalam profesion ini tiada "HAK" sendiri terhadap satu-satu tugas atau kepakaran yang anggota lain boleh lakukan. Kalau dahulu kita pakar dalam penyediaan dan pembancuhan ubatan(Unit Galenikal) penyediaan I/V, penyediaan ubat mata dan telinga, penyediaan losyen dan krim/ointment dll, tapi tugas tersebut tidak lagi dilakukan kecuali untuk extemporanues atau persediaan seperti Mist.Potasium chloride, Scholl solution, Mist.Expectorant Stimulant dll bila perlu. Inilah yang selalu ditekankan oleh YDP Persatuan iaitu Tn.Hj.Kamaruddin "berkaitan hak keatas tugas dan kepakaran" dalam ucapan dasar beliau dahulu dalam AGM 2007 di Kuching.

Kita boleh mendapat hak tersebut sekiranya memilih satu gelaran yang bersifat teknikal. Seterusnya kita juga boleh mendapat Ijazah yang relevan iaitu Degree in Pharmaceutical Technology atau Pharmaceutical science. Ijazah ini memang berjalan di USA dan Eropah kepada Pharmacy Technician. Di USA para Pharmacy Technician yang menghabiskan Ijazah Pharmacy Technology akan di gelar Pharmacy Technologist!
Bilangan credit hours pembelajaran di USA adalah hampir sama dengan Diploma Farmasi kita iaitu 96 credit hrs.

Harus diberi perhatian bahawa pembelajaran dan gelaran jawatan mestilah seimbang dan relevan. Jika ingin menjadi Pegawai Farmasi, PPF boleh memohon saluran biasa yang disediakan jika layak. Kepada lain-lain PPF berdiploma bolehlah memohon Ijazah ini sekiranya telah diiktiraf.

Satu kajian dan bengkel boleh diusahakan untuk mengembangkan skop kerja yang mendalam dalam bidang teknikal terutama dalam TPN, CDR, Farmasi Bekalan Wad, RadioFarmasi, Perolehan & Bekalan, Home Medication Review dll skop dimana tugas-tiugas ini boleh dipisahkan antara klinikal dan teknikal. Jika gelaran kita pen.Pegawai farmasi, skop ini tidak boleh dipisahkan kerana apa2 tugas yang dilakukan oleh Pegawai, kita juga lakukan. inilah yang tidak digemari oleh mereka dengan gelaran baru ini.

Cuba bayangkan jika gelaran baru kita adalah Juruteknoloji Farmasi atau Teknologis Farmasi, gelaran ini merujuk kepada kepakaran dalam bidang berkaitan dan bukan pembantu kepada sesiapa. Kita juga berpeluang meningkat dalam Gred dari U29 hingga Gred U54 jika dengan nama gelaran ini (jika ada Ijazah dengan usaha mendapatkannya). Tetapi dengan nama Pen.Pegawai Farmasi bolehkah digelar Pen.Pegawai Farmasi U41? PPF telah di'seal' dibawah U41 dengan gelaran ini dan jika mengharapkan mendapat U41, kita harus mengambil Ijazah Farmasi yang mana kita tahu amat sukar memperolehinya.

Itulah sebabnya saya menyatakan kita harus ada 'approach' baru dalam perjuangan.
Kita tidak boleh lagi menentang arus. Perkara paling penting jika ingin mengembangkan profesion ini ialah kita harus melakukan sesuatu supaya diterima oleh Pegawai dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi secara amnya dengan ikhlas hati. Sekiranya ini berlaku, apa-apa tuntutan kita akan menjadi mudah untuk dipertimbangkan.

Kita tidak harus sesekali melakukan sesuatu yang bersifat menentang atau memberi kesan negatif kepada profesion mereka. Kita seharusnya berada dalam satu keluarga yang mesra, baik, bekerjasama dan bersama-sama memperutuhkan perkhidmatan Farmasi yang berkualiti secara total. Inilah yang harus menjadi pegangan dan matlamat.

Oleh yang demikian saya berpendapat satu usaha baru harus dimulakan yang memfokuskan kepada hubungan baik antara Pegawai Farmasi dan Pen.Pegawai Farmasi dengan dimulakan oleh Kesatuan dan Bhg Perkhidmatan Farmasi.

Saya juga ingin menyentuh penubuhan Majlis Perundingan PPF.

Cadangan mengadakan Majlis tidak seharusnya dipandang negatif oleh Kesatuan mahupun Persatuan. Perjumpaan diantara semua organisasi yang ada hubungkait dengan profesion kita sangatlah penting dan menjadi media untuk berkomunikasi serta membantu menyelesaikan banyak masalah atau mempercepatkan sebarang cadangan pembangunan tanpa mengganggu perjalanan Pertubuhan itu sendiri.

Kesatuan dan Persatuan tidak seharusnya melihat penubuhan majlis PPF sebagai satu ancaman atau sindiran kepada tujuan penubuhan mereka. Seharusnya kita berbangga adanya Majlis ini dimana dapat kita bersemuka dengan semua PPF dan bekas PPF yang telah menjadi pengajar dan P.S.U di bahagian latihan.

Setiap perbincangan akan diatur dengan teliti supaya tidak menyentuh perjuangan pertubuhan itu masing-masing. Perlantikan wakil dari BPF juga tidak seharusnya dipandang negatif. Kedudukan beliau sangat penting dalam Majlis ini dimana banyak perkara boleh kita bincangkan dan perolehi maklumat. Beliau juga telah bersetuju memberi kerjasama baik dalam majlis ini. Sebagai pengerusi bukan bererti beliau akan mengawal semua ahli-ahli atau menyoal, tetapi lebih kepada perbincangan demi pembangunan profesion. Seharusnya dipandang dari sudut positif dan bukan melemparkan berbagai tuduhan negatif kepada beliau.

Saya sangat berharap semua PPF membuka minda dan berfikir secara positif masa hadapan kita dalam pengembangan profesion terutama dalam aspek pendidikan, karier, latihan dan kebajikan. Sama-samalah kita bersatu hati demi pembangunan profesion tanpa mengambil kira rasa ego dan pandangan negatif.

SAYA TETAP AKAN BERJUANG UNTUK SEMUA PPF TIDAK KIRA APA HALANGAN YANG DITEMPUHI SEHINGGA BERJAYA!

Salam mesra.

SKIM BERSEPADU PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Salam sejahtera semua Penolong Pegawai Farmasi Malaysia

Kita amat bersyukur kerana semua usaha kita untuk dinaikkan ke Skim Bersepadu sejak 2016  hampir mencapai kejayaan.

Bermula dari Usaha Task Force PPF diketuai En.Laurunce Vun pada 2016, mantan Ketua Profesion Tn.Hj.Abu Bakar dan pengganti beliau Pn.Faridah Saidi serta PPF di BPF KKM Hj.Kamal, En.Indra Shahril dll, Exco Kesatuan dikemudi oleh Presiden Hj.Razali Dollah, Hj.Rozali Jaafar, SU Hj.Rahim dan semua Exco2 bertungkus lumus bersama-sama berusaha memastikan Kertas Kerja Skim Bersepadu cukup mantap dan diterima oleh  Pengarah Kanan Bhg Perkhidmatan Farmasi dan seterusnya diangkat kepada Bhg Sumber Manusia KKM.

Baru-baru ini klita telah berjaya menjalankan Pemurnian Kertas Kerja Sik Bersepadu kali ke 3 di Maktab Penjara Kajang selama dua hari.

Kita harapkan Kertas Kerja ini juga akan diterima oleh JPA dan diluluskan Skim baru ini dalam masa terdekat.  Sama-sama kita berdoa  untuk berita baik yang dinanti-nantikan sekian lama. Buat mnasa ini kita telah mempunyai lebih dari 100 PPF yang mempunyai Ijazah dan Master.
ALL THE BEST TO OUR PROFESION.