Showing posts with label Pembentangan Kertas Kerja. Show all posts
Showing posts with label Pembentangan Kertas Kerja. Show all posts

Friday, November 7, 2008

MAJLIS PERUNDINGAN PEN.PEGAWAI FARMASI


Hari ini jam 9.00 pagi satu sejarah telah tercipta dengan penubuhan MAJLIS PERUNDINGAN PEN.PEGAWAI FARMASI MALAYSIA (pada awalnya "Task Force").

Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Melor 1, dianggotai dari beberapa bahagian perkhidmatan seperti PPF U40 Bhg.Perkhidmatan Farmasi, Bhg.Latihan KKM, Ketua Program & Pengajar Kolej Farmasi, Wakil Persatuan dan Kesatuan, In-Service Staff.

Saya rasa amat gembira dan bangga kerana setelah sekian lama yang diimpikan menjadi kenyataan iaitu untuk mengumpulkan semua staf-staf Farmasi dari pelbagai Institusi iaitu Kolej, Bhg.Latihan, BPF KKM, BIRO, Hospital, Kesihatan, Wakil Sabah, Wakil Sarawak, (akan dipanggil dalam mesyuarat akan datang). Suasana mesyuarat sangat harmoni, mesra dan proaktif.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penganjur iaitu En.Ariffin Sutan diikuti taklimat Task Force oleh saya sendiri dan kemudian ucapan oleh wakil Persatuan & Kesatuan serta Ucapan En.Muhammad b Awang. Majlis sebulat suara bersetuju menubuhkan Jawatankuasa ini sebagai satu Majlis Perundingan Pen.Pegawai Farmasi di bawah naungan Bahagian Perkhidmatan Farmasi selepas mendapat kelulusan.

Ahli-ahli yang hadir ialah : 1. En.Ariffin Sutan, 2 En.Jong Koi Chong, 3. En.Mohd Sani, 4. Cik Chuan, 5. En.Mohd Raya, 6. En.Muhammad b Awang, 7. Tn.Hj.Harun Husin, 8. Puan Faridah Saidi, 9. En.Mohd Nazri Mohd Esa, 10. Tn.Hj.Sulaiman Harun, 11. En.Rohin Daud, 12. Cik Rosefazila bt Rosli Lee dan 13. saya sendiri.

Jawatankuasa yang dilantik akan diumumkan kemudian selepas mendapat pengesahan.
Dibawah adalah sebahagian gambar-gambar.

Monday, November 3, 2008

PERSIDANGAN PEN.PEGAWAI FARMASI 2008


Persidangan Pen.Pegawai Farmasi 2008 di Marina Cove Resort, Lumut telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan baik dari semua peserta-peserta dan penceramah-penceramah.

Tajuk-tajuk yang di persembahkan ialah : 1. Prepairing & Enhanced Quality Service oleh Timb.Pengarah Kesihatan Negeri(F) Tn.Hj.Ruhaiyem b Yahaya, 2. Pembangunan Kesihatan Primer dan Halatuju PPF oleh Pn.Sahidah Said (Ketua Pen.Pengarah Bhg.Pembg.Kesihatan Keluarga, Caw.Primer), 3. Update Profesion PPF oleh En.Muhammad b Awang (Ketua Pen.Pegawai Farmasi U40 KKM), 4. Occupational Safety in Pharmacy oleh Tn.Hj.Harun b Husin (Ketua PPF U36 JKWPKL), 5. Teknik Aseptik oleh Pn.Akmalyatun Kamal (Peg.Farmasi U44 Hosp.Ipoh), 6. Perolehan & Pengurusan Stor oleh Pn.Norul Adlin (Peg.Farmasi U41 Hosp.Seberang Jaya), 7. Pengujian Produk Farmaseutikal, Pengawalan Ubat Pasaran, ADR & Product Recall oleh En.Tan Ann Ling (Peg.Farmasi U52 Biro Farmaseutikal Kebangsaan).

Kehadiran peserta adalah seramai 40 orang. Satu kerja kumpulan juga dijalankan iaitu Expanded & Extended Role. Peserta di pecahkan kepada 4 kumpulan dan brainstorming session dijalankan. Tiap kumpulan menyediakan kertas kerja untuk 2 cadangan Expanded Role dan Extended Role. Pada ke esokkan harinya pembentangan dilakukan dihadapan Panel iaitu TPKN(F) Tn.Hj.Ruhaiyem, KPP Pn.Sahidah Said dan En.Muhammad b Awang, PPF U40.

Komen yang diberikan sangat memberansangkan oleh para panel dan TPKN(F) memberi beberapa cadangan yang membina serta sokongan baik kepada pembangunan profesion PPF!
KPP Pn.Sahidah juga menerangkan akan membawa usul yang dibentangkan kepada Mesyuarat bersama Pegawai Farmasi Kesihatan pada 8 November 2008 ini di Port Dickson.
Syabas di ucapkan kepada semua peserta diatas kesungguhan menyediakan kertas kerja dan pembentangan !

Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar Persidangan PPF.