Showing posts with label Kursus Paramedik. Show all posts
Showing posts with label Kursus Paramedik. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

SEJARAH PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI - BAHAGIAN 1

( Ingin saya menulis sejarah berkaitan profesion ini supaya umum, para PPF junior dan yang hampir lupa dapat mengingatkan kembali asal usul profesion ini. Selamat membaca)

LATARBELAKANG

Profesion Penolong Pegawai Farmasi bermula sekitar bulan September 1957 iaitu sebulan sesudah Kemerdekaan Malaya. Pada masa itu latihan dijalankan di premis Sekolah Latihan Jururawat, Hospital Besar Pulau Pinang. Latihan dijalankan disana sehingga tahun 1964. Kolej latihan adalah dinamakan sebagai Sekolah Latihan Pembancuh Ubat. Pada ketika itu, Latihan adalah dijalankan secara teori selama setahun dan ”on job training selama 2 tahun”. Pelatih batch 1-12 pada masa itu diserap terus sebagai penjawat awam dan menerima gaji bulanan RM137.50 X 7.50 dan selepas latihan 3 tahun menerima RM178.00 - RM422.00 dengan elaun COLA RM52.50 .

Mulai Batch 13 barulah Sistem Biasiswa atau Elaun Pelatih diperkenalkan. Gaji PPF selepas latihan dulu ialah antara RM 178.00 - RM422.00. (Lain-lain Paramedik RM238.00 - RM528.00).

Pada tahun 1964, sekolah latihan Pembancuh Ubat telah berpindah ke Makmal Ubat dan Stor, Jalan Universiti (G.M.S – General Medical Store) dimana sekarang telah dijadikan IbuPejabat Perkhidmatan Farmasi Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM).
Latihan disini dimulakan dengan pengambilan pelatih pertama seramai 26 pelatih sahaja. Kemudian dengan pembinaan 2 lagi Makmal, jumlah pengambilan ditambah menjadi 120 pelatih setiap tahun. Di kawasan yang sama jugalah latihan Pembantu Makmal Kimia Ubat dijalankan yang kita ketahui kemudiannya telah di ‘asimilasi’ menjadi Penolong Pegawai Farmasi.

GELARAN JAWATAN

Gelaran jawatan sebenarnya didapati berubah sebanyak 4 kali. 3 kali secara rasmi dan sekali tidak rasmi. Secara rasmi, gelaran pertama iaitu Pembancuh Ubat diguna mulai 1957 – 1981 (ketika itu dalam bahasa Inggeris di panggil Dispenser) . Gelaran kedua iaitu Pembantu Farmasi dilulus dan diguna mulai 1982 sehinggalah 31 Mei 2008 dan kemudian mulai 1 Jun 2008 secara rasminya diubah sebagai Penolong Pegawai Farmasi. Tetapi ramai yang tidak mengetahui ada satu lagi gelaran yang diguna secara tak rasmi pada 1981-1982 iaitu JuruUbat. Semasa itu gelaran tersebut tidak diluluskan kerana ia kelihatan golongan Profesional. (Maklumat daripada Senior) Selepas itulah ia diubah kepada Pembantu Farmasi.

PERKEMBANGAN LATIHAN

Kembali kepada latihan. Pada tahun 1998 Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat Dato’Seri Najib Tun Abd Razak telah meluluskan sijil latihan Pembantu Farmasi kepada Diploma Farmasi. Selepas penyediaan kurikulum, program ini dinaik taraf dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah meluluskan nama diploma kepada Diploma Pembantu Farmasi bermula tahun 2000 (walaupun diluluskan Diploma Farmasi). Nama sekolah juga di ubah kepada Kolej Pembantu Farmasi dengan Pengajar dari kalangan bekas Pembantu Farmasi pertama selepas naik taraf seramai 7 orang.

"Walaubagaimana pun semua Senior tidak akan lupa akan jasa dan kenangan latihan oleh Miss E.L Leong , Pharmacist @ Pengetua Sekolah sebelum itu yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa besar kepada Profesion ini. (Semoga roh beliau dicucuri rahmat....)"

Mulai tahun 2004, Kolej Latihan telah berpindah kali ketiga ke premis sekarang iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg.Buloh dengan imej baru dan penambahan Pengajar seramai 13 orang.
(Termasuk Ketua Program-maklumat sehingga 2008)

Kursus pula telah diubah mengikut sistem Universiti dengan kredit point dan pembelajaran semester. Kursus Diploma Farmasi mengambil masa 3 tahun dan dikendalikan mengikut sistem semester yang merangkumi 6 semester.

Empat semester iaitu Tahun 1 Semester 1 ; Tahun 1 Semester 2, Tahun 2 Semester 1 dan Tahun 3 Semester 2 dikendalikan dibawah Program Diploma Farmasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg.Buloh.
Pada tahun 2 semester 2 dan tahun 3 semester 1, pelatih perlu menjalani latihan klinikal di hospital-hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi yang di iktiraf oleh KKM.



Bersambung........ (Perjuangan Kesatuan & Persatuan, Kerjaya, Pos Basik, Pendaftaran dll)