Friday, November 7, 2008

MAJLIS PERUNDINGAN PEN.PEGAWAI FARMASI


Hari ini jam 9.00 pagi satu sejarah telah tercipta dengan penubuhan MAJLIS PERUNDINGAN PEN.PEGAWAI FARMASI MALAYSIA (pada awalnya "Task Force").

Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Melor 1, dianggotai dari beberapa bahagian perkhidmatan seperti PPF U40 Bhg.Perkhidmatan Farmasi, Bhg.Latihan KKM, Ketua Program & Pengajar Kolej Farmasi, Wakil Persatuan dan Kesatuan, In-Service Staff.

Saya rasa amat gembira dan bangga kerana setelah sekian lama yang diimpikan menjadi kenyataan iaitu untuk mengumpulkan semua staf-staf Farmasi dari pelbagai Institusi iaitu Kolej, Bhg.Latihan, BPF KKM, BIRO, Hospital, Kesihatan, Wakil Sabah, Wakil Sarawak, (akan dipanggil dalam mesyuarat akan datang). Suasana mesyuarat sangat harmoni, mesra dan proaktif.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penganjur iaitu En.Ariffin Sutan diikuti taklimat Task Force oleh saya sendiri dan kemudian ucapan oleh wakil Persatuan & Kesatuan serta Ucapan En.Muhammad b Awang. Majlis sebulat suara bersetuju menubuhkan Jawatankuasa ini sebagai satu Majlis Perundingan Pen.Pegawai Farmasi di bawah naungan Bahagian Perkhidmatan Farmasi selepas mendapat kelulusan.

Ahli-ahli yang hadir ialah : 1. En.Ariffin Sutan, 2 En.Jong Koi Chong, 3. En.Mohd Sani, 4. Cik Chuan, 5. En.Mohd Raya, 6. En.Muhammad b Awang, 7. Tn.Hj.Harun Husin, 8. Puan Faridah Saidi, 9. En.Mohd Nazri Mohd Esa, 10. Tn.Hj.Sulaiman Harun, 11. En.Rohin Daud, 12. Cik Rosefazila bt Rosli Lee dan 13. saya sendiri.

Jawatankuasa yang dilantik akan diumumkan kemudian selepas mendapat pengesahan.
Dibawah adalah sebahagian gambar-gambar.

No comments: