1.1 Simposium Penolong Pegawai Farmasi Kebangsaan adalah sesuatu yang di idamkan lama oleh Persatuan Penolong Pegawai Farmasi. Profesion ini telah menjalani penjenamaan semula melalui penukaran gelaran jawatan serta skim iaitu dari Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi.
Ia juga secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada lebih 6,000 Penolong Pegawai Farmasi yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Universiti, Hospital Swasta dan lain-lain Institusi seperti Pusat Perubatan Badan berkanun dan swasta.
1.2 Pendidikan dan latihan juga telah melalui beberapa peningkatan dan naik taraf dari Sijil Pembantu Farmasi kepada Diploma Pembantu Farmasi dan seterusnya kepada Diploma Farmasi 3 tahun.
Namun selepas melalui beberapa proses peningkatan gelaran jawatan dan naik taraf pendidikan, status profesion, peranan dalam tugas harian serta kepada perkhidmatan Farmasi secara amnya tidak mengalami sebarang perubahan besar sebaliknya semakin berkurang jika dibandingkan dengan peranan besar dahulu semasa taraf sijil.
1.3 Justeru itu Persatuan merasakan Profesion ini sangat memerlukan satu platform untuk membincangkan aspek peranan, halatuju dan peluang dalam memperluaskan skop perkhidmatan kepada semua Penolong Pegawai Farmasi supaya mereka lebih bersemangat, berbangga dan mendapat lebih motivasi dalam kerja seharian. Ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti Jabatan amnya.
2. APAKAH DIA SIMPOSIUM ?
Mengikut maklumat dari internet: www.answer.com :
"A symposium is an educational conference where people get together to discuss thoughts and exchange ideas, rather than to be lectured at".
Maklumat dari www.dictionary.reference.com :
"1. A symposium is a meeting or conference for the discussion of some subject,especially a meeting at which several speakers talk on or discuss a topic before an audience".
2. A collection of opinions expressed or articles contributed by several persons on a given subject or topic.
Maksudnya, simposium adalah satu majlis di mana sebilangan orang berkumpul, membincang, bertukar pendapat kearah satu topik yang sama dan mempunyai pembentang.
3. TUJUAN SIMPOSIUM
3.1 Untuk membincangkan kearah satu topik yang sama
iaitu halatuju baru profesion sejak naiktaraf gelaran jawatan Pembantu Farmasi
kepada Penolong Pegawai Farmasi pada 1 Jun 2009 dan juga naik taraf sistem
pembelajaran dan kelulusan naik taraf anugerah sijil Pembantu Farmasi kepada
Diploma Farmasi.
3.2 Memartabatkan Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Malaysia baik dikalangan Institusi kerajaan ataupun swasta.
3.3 Memulihkan kedudukan status Penolong Pegawai Farmasi
dikalangan paramedik yang amat rendah dari segi perkembangan profesion dalam
pendidikan, latihan, moral, imej dan peranan kepada jabatan dan negara.
3.4 Melahirkan Penolong Pegawai Farmasi yang cemerlang
serta berpeluang untuk menjalankan kajian, berkeupayaan untuk membentang kertas
kerja hasil kajian dan berinovasi serta berdaya saing supaya berupaya memberi
perkhidmatan yang efektif dan berkualiti
4.
OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan
budaya kerja yang berpengetahuan tinggi dan sentiasa mengikuti arus
perkembangan semasa dalam bidang penjagaan farmaseutikal.
4.2 Berusaha
menjadikan Penolong Pegawai Farmasi sebagai anggota yang berkeyakinan tinggi, positif
dan berkemampuan menjalankan tugas dengan penuh komited serta kualiti sejajar
dengan Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
4.3 Bersama
menjana transformasi perkhidmatan farmaseutikal dalam bidang teknikal dan
berpotensi secara kreatif untuk mencipta inovasi perkhidmatan atau produk untuk
perkembangan perkhidmatan Farmasi.
4.4 Menaikkan
imej dan moral profesion serta motivasi dalam tugas seharian selaras dengan
penukaran gelaran jawatan dan naik taraf Diploma Farmasi.
5. KEADAAN SEMASA PPF
5.1 Para Penolong Pegawai Farmasi kurang diberi peluang dalam penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh kepada pelanggan. Kebanyakan tugas-tugas expanded dan extended role lebih melibatkan Pegawai Farmasi sahaja.
5.2 Tugas-tugas kepakaran yang dilakukan dahulu telah ditarik dan diberikan kepada PRP di hospital-hospital atas alasan Akta. Pendispensan Methadone terpaksa melalui proses yang sukar walaupun tugas mendispen dadah merbahaya masih dilakukan di Klinik-klinik kesihatan sejak 50 tahun lalu tanpa memikirkan hal-hal Akta kerana tiada Pegawai Farmasi berkhidmat di pendalaman.
5.3 Penolong Pegawai Farmasi Kanan Gred U36, U38 dan U40 masih kelihatan tidak mendapat pengiktirafan sebagaimana yang di nikmati oleh paramedik lain di beberapa negeri.
5.4 Ketua Profesion PPF sendiri tidak mempunyai bilik walaupun beliau melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran 100% di Bhg Perkhidmatan Farmasi KKM, Petaling Jaya.
Seorang Penyelia Jururawat di Hospital-hospital seluruh Malaysia, Pen.Pegawai Perubatan U32 diberikan bilik oleh Ketua Jabatan mereka. Kenapa PPF menerima nasib sedemikian???
5.5. Senarai tugas terlalu bertindih di antara PPF dan Peg.Farmasi yang menyukarkan sebarang tuntutan oleh pihak Kesatuan untuk kebajikan PPF.
5.6 Stress dikalangan PPF amatlah tinggi dan perlu perhatian serta kajian segera untuk mengurangkan kes ini berlanjutan. (bukti melalui kajian oleh kaunselor HKL pada 2005- pembentangan di Mesyuarat Saintifik 2006 di Melaka)
5.7 Kurang peluang pendidikan lanjutan dan sekatan oleh Lembaga Farmasi keatas PPF yang ingin melanjut pelajaran dengan CGPA 3.5 keatas dengan syarat ketat keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya 5B tanpa mengambil kira langsung keatas pengalaman dan Diploma Farmasi 3 tahun.
6. RUMUSAN
Melihatkan status PPF terkini, ia memberi satu justifikasi supaya satu usaha dilakukan untuk mengkaji kesemua hal ehwal PPF dalam aspek pendidikan, senarai tugas, peranan, pengiktirafan, penghormatan, motivasi di tempat kerja dan berusaha mengujudkan keseronokan bekerja serta juga menekankan budaya Kerja Berpasukan secara serius dan ikhlas.
Sekian, semuga PPF lebih cemerlang, dihormati dan kompiten di masa hadapan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Ganesan G.Narayanan
Yang DiPertua
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia

2 comments:
salam sejahtera En. Ganesan.saya Zahier Asyraff ppf U29 yg baru di tempatkan di Hospital Kudat,Sabah.saya berhajat ingin sambung belajar dlm jurusan Degree in pharmacy.malangnya sgt sukar buat saya utk melanjutkan pelajaran disebabkan tidak mendapat kebenaran dr pihak KKM.sy ingin mndapat nasihat dr En. Ganesan apa tindakan yg perlu sy ambil bg mendapat kebenaran utk melanjutkan pelajaran.t.kasih.
salam..sy pun nk tahu bagaimana prosedur yg betul utk smbg ke peringkat degree..
Post a Comment