Tuesday, June 18, 2013

MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN PPFM 2013-2015

                                                     PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA
PENDAFTARAN NO: 1717
d/a: Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST)
Kampus Utama Ibnu Sina 
 Lot 1798 -1800 Mukim Telong, Bachok, ,Kelantan, 16300
TEL: 09-7787323(p), 013-9060880 (hp)
http:// www.ppfmy.com.



Rujukan kami: Bil (59) dlm SUKPPFM 2011-2013                                        Tarikh: 5 Jun 2013.

KEPADA:
SEMUA AHLI PERSATUAN
PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Dwitahunan persatuan ini bagi Sessi 2013 - 2015 dijangka diadakan pada bulan September 2013 di Hotel Grand Continental, Langkawi, Kedah. Sehubungan dengan itu pemilihan untuk 10 orang Ahli Majlis dan 2 orang Juru Odit  yang tamat tempoh memegang jawatan mereka akan diadakan.

2.             Ahli Majlis dan Juru Odit yang akan tamat tempoh memegang jawatan mereka adalah seperti berikut:

          2.1.  AHLI MAJLIS:
                       2.1.1.    Ganesan G. Narayanan
                       2.1.2.    Hjh Khamsiah Brahim
 2.1.3.    Haji Ab. Manan Kechik
 2.1.4.    Mohd Nazri Esa
 2.1.5.    Haji Sulaiman Harun
 2.1.6.    Asrul Effendi Jamaludin
 2.1.7.    Hjh. Rohana Musa
 2.1.8.    Suhaimi Esa
 2.1.9.    Samidah Rahmat
 2.1.10.  Siti Hanisah Md. Said.

Ahli Majlis yang tersebut di atas layak untuk di calonkan semula.

 2.2.   JURU ODIT  KEHORMAT:
 2.2.1.    Lau Swee Gim
 2.2.2.    Hjh Rahani Awang

Juru Odit Kht. yang tersebut di atas tidak layak untuk di calonkan semula tetapi layak di calonkan sebagai Ahli Majlis

3.                 Sehubungan dengan itu tuan / puan adalah dijemput untuk mencalonkan mana-mana ahli yang layak untuk mengisi 10 jawatan Ahli Majlis dan 2 jawatan Juru Odit Kehormat dengan menggunakan borang pencalonan yang disertakan. Sukacita diingatkan bahawa kelayakan mencalon dan bertanding adalah tertakluk kepada Ahli Yang layak sahaja ( Ahli yang tiada tunggakan yuran & Ahli Seumur Hidup ). Sila rujuk laman web PPFM untuk maklumat lanjut tentang status keahlian tuan/puan.
  
4.                  Bersama-sama ini disertakan borang pencalonan yang dimaksudkan. Sila buat pencalonan dan kembalikan kepada saya sebelum 25 Julai 2013.
  
Sekian,
Terima kasih.
  
“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”
  
Saya Yang Menjalankan Tugas.
  
              tt
Haji Ab.Manan Kechik
(Setiausaha Kehormat)

No comments: