Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Mesra kepada semua PPF Malaysia,
Pada tanggal 6 Mei 2015, semasa bengkel Pemurnian Senarai Tugas Pen.Pegawai Farmasi di BPF KKM Petaling Jaya, Lembaga Farmasi Malaysia telah meminta kepada para ahli mesyuarat yang hadir (Gabungan Kesatuan dan Persatuan serta Think Thank kalangan PPF) mencadangkan Penjenamaan semula Gelaran Jawatan Penolong Pegawai Farmasi kepada satu nama baru yang sesuai dan boleh di guna pakai kepada semua sektor awam dalam KKM, Badan Berkanun, Swasta dan Industri.
Justeru itu Ketua Profesion telah meminta ahli-ahli Mesyuarat yang hadir memikirkan nama yang sesuai untuk di guna pakai. Beberapa Kumpulan telah di pecahkan dalam bengkel tersebut dan saya berada dalam Kumpulan yang menyediakan maklumat untuk penjenamaan semula. Kebetulan saya telah pun mempunyai maklumat yang di kumpul sejak 15 tahun dulu berkaitan Gelaran Jawatan PPF di serata dunia.
Penjenamaan semula Gelaran Jawatan adalah sesuatu yang di nanti-nantikan sejak sekian lama. Pada tahun 2006, saya dan Puan Faridah Saidi pernah menghadiri satu perjumpaan bersama Kesatuan dan Persatuan di Hotel IOI Marriot Putra Jaya semasa Kesatuan mengadakan mesyuarat Exco di sana di bawah pimpinan Arwah Hj.Sairin dan En.Rohin Daud. Saya bersama Puan Faridah Saidi (Timb.Ketua Profesion sekarang) telah mengambil inisiatif mengatur perjumpaan ini dan mengambil kesempatan menerangkan betapa pentingnya Gelaran Jawatan Juruteknologi Farmasi dalam fasa nama baru Penolong Pegawai Farmasi diproses untuk diluluskan ketika itu.
Cadangan yang kami beri tidak diambil kira walaupun telah beri penjelasan ia akan memberi kesan terhadap masa depan, Pendidikan dan Hala Tuju Profesion.
Sekarang perkara yang sama berulang lagi dan kita telah diberi peluang kedua untuk memastikan Profesion ini berada dalam landasan yang betul, Hala Tuju yang jelas, Senarai Tugas yang seiring dengan Gelaran, peluang pendidikan sehingga Ijazah dan kenaikkan pangkat dalam Jawatan yang sama serta Expanded dan Extended Role yang sesuai.
Rakan-rakan PPF yang dikasihi, amatlah penting kita mengambil sikap positif dan berupaya melihat jauh kehadapan perkembangan Profesion yang kita kasihi. Lihatlah semua Paramedik lain yang telah maju kehadapan jauh daripada kita. Jururawat, Pen.Pegawai Perubatan, JuruXray, Jurupulih Anggota / Cara Kerja, Pen.Pegawai Persekitaran, Juruteknik Pergigian dan Jururawat Pergigian semua telahpun menyediakan Silibus untuk Ijazah kecuali Pen.Pegawai Farmasi sahaja yang ketinggalan. Saya telah berjumpa beberapa Pegawai di Bhg Latihan termasuk Tuan Hj.Moideen Hasan yang menerangkan kita di dalam era yang sangat kritikal jika tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menaikkan taraf atau memulihkan kelemahan sedia ada.
Menurut Pegawai Kanan Bhg Pengurusan Latihan KKM, di masa hadapan tidak ada lagi program bertaraf Diploma dan Pos Basik. Kesemuanya akan di ubah kepada Ijazah dan Advance Diploma (1 tahun menggantikan Pos Basik). Kemana kita akan pergi jika tidak ada peningkatan atau usaha. Kita akan ketinggalan dan JPA juga di fahamkan tidak akan lagi mengambil jawatan bertaraf Penolong dalam paramedik di masa hadapan. Ini disebabkan semua paramedik akan naik taraf ke Kumpulan Profesional dengan Ijazah sama seperti di UK. PPF nak letak di mana? Apa hala tuju nanti ?
Bagi menangani masalah ini adalah amat penting barisan Exco Kesatuan Semenanjung, Sabah, Sarawak, Persatuan PPF Malaysia dan Persatuan PPF Sabah duduk semeja berunding dan mengadakan satu bengkel khas untuk menyediakan plan perancangan pembangunan profesion untuk jangka masa 10-30 tahun akan datang. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Profesion ini dan Para Junior akan menerima kesan amat buruk sekiranya tidak dibendung lebih awal.
Untuk itu, pemilihan Gelaran Jawatan haruslah bermula dulu di ikuti dengan Hala Tuju, Senarai tugas, Expanded Role dan Extended Role (mengambil alih tugas di Stor Utama Unit Drug dll) , R & D, penglibatan Kualiti menyeluruh, penyeliaan oleh semua Gred Kanan secara total, Uniform yang sesuai, dll. Usaha ini harus dilakukan dengan serius dan perlu sokongan dari BPF KKM.
Ketua Profesion kita telah menjalankan usaha gigih dan dengan komitmen tinggi oleh beliau, saya percaya Profesion kita akan mampu maju lagi kehadapan dengan sokongan padu dari semua PPF Malaysia dan Organisasi dalam Kesatuan dan Persatuan. Ayuh kita bangun dan berusaha membentuk satu pasukan yang jitu demi Pembangunan Profesion yang di sayangi.
KEARAH TRANSFORMASI JURUTEKNOLOGI FARMASI YANG CEMERLANG !
A site where all Assistant Pharmacist/Pharmacy Assistant/Pharmacy Technician can contribute towards the profession developments, share knowledge, experience and ideas. Feel free to leave your comments.
Sunday, July 5, 2015
PENJELASAN KP PPF BERHUBUNG PENJENAMAAN GELARAN PROFESION PPF UNTUK RUU FARMASI
Salam Sihat 1M untuk semua PPF Malaysia,
Pemimpin2 Kesatuan /Persatuan PPF Malaysia.
Hari ini saya dikejutkan lagi dengan gejala negatif Media Sosial (Whatsup/Messengers/Telegram) yang sepatutnya digunakan untuk penyaluran info penting bagi profesion tetapi digunakan untuk tujuan penyebaran maklumat yang belum sahih, pertelagahan dikalangan ahli group dan tuduh menuduh yang mencerminkan betapa kita TIDAK BERSATU dalam perjuangan Kesatuan/Persatuan dalam memartabatkan Profesion kita.
(PPF yang pernah menghadiri sesi jelajah ceramah saya di semua negeri di Malaysia tentunya masih ingat 'AMARAN' saya supaya berhemah dalam menggunakan media sosial jika ianya berkaitan dengan Profesion PPF)
Isu penjenamaan gelaran PPF untuk RUU Farmasi bukanlah perkara baru. Saya telah umumkan kepada PPF tertinggi Gred U40 dan sebilangan U38 pada 6 April 2015 semasa pihak BPF KKM mengadakan Bengkel Hala Tuju dan Senarai Tugas PPF KKM. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk merungkai kekusutan ini dengan mengusahakan pembentukan MAJLIS GABUNGAN PPF MALAYSIA pada 9 April 2015 (minggu yang sama Bengkel di adakan) dengan harapan semua pemimpin-peminpin dilantik dapat menjalankan amanah selaras dengan aspirasi semua ahli masing-masing.
Tambahan pula dengan desakan yang bertalu-talu dari Dr. Salmah Bahari (Pengarah Penguatkuasa Farmasi) yang bertanggungjawab dalam urusan pembentangan RUU di Parlimen, saya tidak ada pilihan melainkan terpaksa mengarahkan anggota saya untuk mengusahakan satu pungutan suara di kalangan PPF Msia melalui ppfkkm.blogspot.com sebab pihak saya tidak menerima sebarang kenyataan/maklumbalas rasmi dari mana-mana Kesatuan/Persatuan PPF Malaysia melainkan kenyataan-kenyataan melalui whatsup group sahaja.
Hasil pungutan suara yang telah anggota saya jalankan, sekurang-kurangnya mencapai 25% dari jumlah PPF di Malaysia dan terdapat banyak cadangan penjenamaan yang memberikan gambaran tentang "suara hati" PPF di Malaysia.
Pihak Urusetia RUU Farmasi BPF KKM memberikan mandat kepada saya sebagai Ketua Profesion untuk menguruskan perkara ini dan saya mengambil keputusan untuk menyerahkan pencapaian keputusan ini melalui suara semua PPF di Malaysia yang berjumlah 4,000 ++.
Tidak ada cara lain selain dari memberikan mandat kepada Kesatuan dan Persatuan untuk mendapatkan cadangan dari ahli masing-masing. (Sila rujuk ppfkkm.blogspot bertarikh 25 Mei, 2015)
Pada 29 Jun yang lalu pihak Lembaga Farmasi Malaysia meminta saya senarai nama pemimpin Kesatuan/Persatuan untuk dijemput dalam sesi perjumpaan dengan Urusetia RUU Farmasi di BPF KKM untuk sesi perbincangan tentang penglibatan Profesion PPF dalam RUU Farmasi termasuklah penjenamaan gelaran, penglibatan dalam Akta Farmasi, senarai tugas baru dan isu pendaftaran PPF.
Sekali lagi saya terpaksa memaklumkan pihak pemimpin Kesatuan dan Persatuan berhubung perkara tersebut di atas untuk persediaan mereka berhadapan dengan Urusetia RUU Farmasi.
Saya telah berkali-kali memberitahu pihak Kesatuan/Persatuan bahawa sebarang keputusan adalah berpaksikan suara majoriti ahli masing-masing dan bukan keputusan Exco semata-mata. (Saya sendiri menghadiri Mesyuarat Exco Kesatuan Kebangsaan PPF Semenanjung Malaysia di Kota Bharu baru-baru ini dan menegaskan pihak Kesatuan/Persatuan perlu mendapatkan cadangan dari ahli kerana mereka yang memberikan mandat semasa Mesyuarat Agung Kesatuan dan Persatuan).
Pada 30 Jun (surat tersilap type 30 Julai) saya telah menghantar e-mail kepada semua ahli Majlis Gabungan Malaysia untuk TINDAKAN SEGERA dan cuma memberikan masa 3 hari untuk maklumbalas. KKM-55/BPF/305/002/17(31). Sehingga tarikh akhir 3hb Julai, pihak saya cuma menerima maklumbalas melalui whatsup dari Kesatuan KPPFSM / Surat dari YDP Persatuan PPF Malaysia dan whatsup dari Setiausaha Persatuan PPF Sabah. Pihak SMSU Sarawak pula sempat mengadakan mesyuarat khas dan menghantar kertas kerja komprehensif lengkap dengan data cadangan dari 74% ahli-ahlinya.
Kertas Kerja Cadangan telah saya siapkan dan hantar kepada Dato' Pengarah Kanan, Pengarah Amalan dan Perkembangan, Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Timbalan Pengarah Dasar & Pengurusan dan Ketua Penolong Pengarah Lembaga Farmasi Malaysia pada pagi Jumaat 3 Julai 2015.
Untuk makluman semua PPF Malaysia adalah tidak wajar untuk kita mengaitkan penjenamaan gelaran ini sebagai sesuatu yang terlalu penting berbanding dengan isu pengisian dan penambahan jawatan, kenaikan gred, penyelarasan senarau tugas dan penyelarasan PPF di Program 2,3 dan 6.
Halatuju profesion kita yang belum jelas pun menjadi satu halangan yang besar sekarang ini. Setakat ini kita hanya melihat 'perjuangan' melalui forum, media sosial dan kenyataan yang tidak pernah sampai ke pengetahuan saya selaku Ketua Profesion dalam bentuk kertas kerja.
Saya telah menganjurkan Bengkel Halatuju dengan menjemput PPF yang dikenalpasti sebagai "Thing Tanks" yang berupaya untuk mencapai sesuatu yang konkrit untuk profesion kita,tetapi saya beranggapan bahawa bengkel itu gagal tetapi berjaya pula dengan pemurnian Senarai Tugas yang lebih spesifik.
Selaku Ketua Profesion, saya sentiasa menghadapi CABARAN dari pelbagai pihak termasuk dari kalangan PPF sendiri. Tentunya tidak terkecuali dari pihak Pengurusan Tertinggi di BPF KKM dan juga Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM.
Sebagai insan biasa saya juga tidak lari dari membuat kesalahan dan saya telah memaklumkan Y.Bhg. Dato' Pengarah Kanan pada hari pertama saya menjawat jawatan Ketua Profesion, jika saya tidak dapat menjalankan tugas saya dengan baik, saya rela menarik diri dan memberi laluan kepada yang lebih berkemampuan. Ini termasuk jika ada undi ketidakpercayaan Kesatuan dan Persatuan terhadap saya.
Sekian,
HJ. ABU BAKAR BIN IBRAHIM
Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Unit Pembangunan Profesion
Bahagian Dasar dan Pengurusan
Bahagian PerkhidmatanFarmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Unit Pembangunan Profesion
Bahagian Dasar dan Pengurusan
Bahagian PerkhidmatanFarmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
LABELS
- AGM PPFM (3)
- Anjakan Paradigma PPF (1)
- Annual General Meeting Malaysian Pharmacy Assistant (2)
- Antiplatelet Theraphy (1)
- Assistant Pharmacist (3)
- Bahagian Farmasi (1)
- Clopidogrel (1)
- Degree in Pharmaceutical Technology (1)
- Dispenser (1)
- Dispensing (1)
- Drug Injury Watch (1)
- Farmasi (3)
- Graduan Diploma KSKB (1)
- Health Centre (1)
- History Of Malaysian Assistant Pharmacy (1)
- History Of Pharmacy Assistant of Malaysia (1)
- Ijazah Sains Farmaseutikal (1)
- Ijazah Teknologis Farmasi (1)
- Juruteknologi Farmasi (1)
- KSKB (1)
- Kursus Paramedik (1)
- massage theraphy (1)
- Mesyuarat Agong Persatuan Penolong Pegawai Farmasi (1)
- Mimpi Penolong Pegawai Farmasi (1)
- P (1)
- Pegawai Farmasi (1)
- Pelatih (2)
- Pembantu Farmasi (30)
- Pembentangan Kertas Kerja (2)
- Penolong Pegawai Farmasi (32)
- Persatuan Penolong Pegawai Farmasi (2)
- Persidangan (1)
- Pharmacist Assistant (24)
- Pharmacist Assistant Conference (2)
- Pharmacy (15)
- Pharmacy Assistant (15)
- Pharmacy Services (6)
- Pharmacy Technician (14)
- Pharmacy Technologist (11)
- Polyclinic (1)
- Post Basic Management (1)
- PPF Dream (1)
- Prasugrel (1)
- Prescription (1)
- Research on Job Satisfaction Among Assistant Pharmacist (1)
- Role Of Pharmacist (1)
- scientific meeting (1)
- Sejarah Penolong Pegawai Farmasi (1)
- Ticlopidine (1)
- Top 50 Pharmacy Blog (1)