Thursday, July 15, 2010

INFO TERKINI MESYUARAT TEKNIKAL PPF MSIA BIL 01/2010

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia semua PPF!

Berikut adalah ringkasan maklumat terkini hasil dari Mesyuarat Teknikal PPF Kebangsaan Bil 01/2010 di IbuPejabat Bhg Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya yang diadakan pada hari ini 15 Julai jam 8.30pg - 1.00 tgh.

1. Akta baru Farmasi - disediakan melalui penggabungan 4 akta lama serta penambahbaikan akan di satukan sebagai satu akta baru. Dalam akta baru ini turut dimasukkan profesion Pen.Peg.Farmasi dan akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2010. Ini bermaksud semua PPF baik swasta dan kerajaan wajib mendaftar untuk menjalankan tugas atau "practice" profesion tersebut. Satu majlis telah di tubuhkan iaitu Majlis Farmasi (Pharmacy Council) untuk melakukan aktiviti pendaftaran tersebut dan bukan Lembaga Farmasi.

2. Norma perjawatan baru telah di sediakan mengikut aktiviti di institusi masing-masing (maklumat terperinci akan di upload kemudian) dan jika berpandukan norma baru tersebut, KKM memerlukan sebanyak 4085 PPF di Hospital dan 5681 PPF di Kesihatan (tidak termasuk BIRO) Buat masa ini kita ada sebanyak 3431 PPF di KKM (termasuk BIRO). Jumlah keperluan PPF ialah 9766 tidak termasuk PPF BIRO. (Data untuk BIRO belum diperolehi).
Projection pengeluaran PPF = 1500 setahun. (23 Kolej swasta dan KSKB).

2.1. Unjuran Keperluan PPF di Kesihatan :
Pesakit Luar + Pengurusan Stor / Pentadbiran /Kualiti
Klinik Jenis 1 = 32 PPF + 2 PPF
Klinik Jenis 2 = 26 PPF + 2 PPF
Klinik Jenis 3 = 20 PPF + 2 PPF
Klinik Jenis 4 = 12 PPF + 1 PPF
Klinik Jenis 5 = 4 PPF + 1 PPF
Klinik Jenis 6 = 3 PPF + 1 PPF

2.2. Unjuran Keperluan PPF Hospital
Outpatient & Ambulatory Pharmacy - Processing&Filling = 1PPF : 50 Rx
InPatient Care (24 hrs) - Unit Dose Med Supply = 1PPF : 50 Rx
Internal Audit - 1 PPF per 5 wards
Stock Management - 1 PPF / Substore
Pre-Packing (Supervising Activity) - 1 Hospital : 3 PPF
TPN (Preparation) - 1 PPF / 10 bags
CDR (Preparation) - 1 PPF / 6 Preparations
IV AdMixture - 1 PPF / 10 Preparations
(Bilangan PPF akan berbeza mengikut jenis Hospital - Hospital Besar, Hospital Pakar Utama, Hosp Pakar Kecil, Hospital Daerah Tanpa Pakar)

3. Klinik Methadone - PPF juga telah di masukkan dalam program ini sebagai support staff.

4. Cadangan-cadangan semasa mesyuarat :
4.1 Extended Role - peranan baru PPF di Stor Integrasi dalam skop ubatan sahaja.
4.2 Permohonan jawatan U40 di tiap JKN dan bukan saja Hosp Besar.
4.3 Permohonan jawatan U36/U38 ditiap Pej.Kesihatan Daerah.
4.4 Cadangan Pos Basik baru untuk semua PPF Kes dan Hospital - Logistic Mx & Counter Mx
4.5 Permohonan skim baru "Pharmacy Aides" menggantikan PRA
4.6 Mohon di adakan bengkel dalam sebarang penyediaan kertas kerja dan beri sedikit peruntukkan kpd Ketua Profesion PPF untuk menjalankan bengkel tersebut
4.7 Sabah mohon tambah ahli mesyuarat - Persatuan PPF Sabah (Majlis setuju 1 PPF)
4.8 Mohon kursus-kursus dan attachment di luar negara melalui BPF KKM
4.9 Mohon Klinik 1Malaysia di beri pos sekurang-kurangnya 2 PPF

Sekian buat sementara waktu. Saya akan update lagi lebih maklumat dalam artikel akan datang.

Terima kasih dan salam 1Malaysia

No comments: