Tuesday, July 13, 2010

PERKEMBANGAN TERKINI KERJAYA PPF

Berita baik kepada semua Pen.Pegawai Farmasi Malaysia !!!

Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM telah membuat "Penyenaraian" semua PPF dari swasta selepas mendapat feedback dari Institusi swasta bilangan Pen.Pegawai Farmasi/Pharmacy Assistant/Dispenser/Peg.Dagang/Pharmacy Technician yang berkhidmat sekarang.

Tujuannya ialah untuk menjalankan aktiviti Pendaftaran serta memperoleh "Annual Practicing Certificate" (APC) atau Practicing Certificate (PC). Menurut Timb.Pengarah Pengurusan Farmasi KKM dalam Persidangan PPF Kebangsaan di Cam.Highland 12 Julai 2010, AKTA FARMASI baru akan di bentangkan di Parlimen pada bulan Oktober 2010.

Sekiranya Akta tersebut di luluskan, semua Pen.Pegawai Farmasi, Pembantu Farmasi / Pharmacy Assistant (Swasta), Pharmacy Technician, Dispenser adalah wajib mendaftarkan profesion mereka untuk "Practice" tugas tersebut. Kegagalan mendaftar akan mengakibatkan mereka di denda atau di dakwa.

Ini bererti profesion PPF selepas ini akan di kawal dan di lindungi. Kualiti pendidikan Diploma Farmasi juga akan di pantau supaya menepati tahap pendidikan, dan tidak semua Kolej boleh menjalankan sewenang-wenangnya program Diploma Farmasi ini.

Buat masa ini terdapat 23 Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menawarkan program Diploma Farmasi di seluruh Malaysia. Hanya 5 Institusi sahaja di iktiraf MQA.

Adalah di harapkan dengan kelulusan Akta baru ini akan memberikan satu wajah baru dan perkembangan profesion ke tahap yang lebih tinggi seperti yang kita impi-impikan selama ini.
Moral profesion juga secara tidak langsung akan naik dan di hormati.

Sekian, semoga semua ini menjadi kenyataan selepas Oktober ini.

2 comments:

Mr.G said...

Pls use English for conversation here as I cant understand ur language. Thank you

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site www.blogger.com
Is this possible?