Sunday, October 12, 2008

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK PERUBAHAN?

Pen.Pegawai Farmasi kini sedang menghadapi "tsunami" kemasukan Pegawai2 Farmasi (PRP)setiap tahun dan ini telah mengakibatkan kebanyakan post-post PPF yang kosong dikebanyakan Institusi samada Hospital atau Kesihatan tidak diisi oleh Pentadbiran Farmasi Negeri masing-masing.

Keadaan ini kelihatan sangat ketara. Jika dilihat dari sudut positif, Malaysia akan mempunyai cukup tenaga mahir dan profesional di barisan hadapan di kaunter dan dapat memberikan satu perkhidmatan yang cukup informatif kepada pelanggan khasnya.
Pen.Pegawai Farmasi juga seharusnya menerima fakta dan akur kepada perkembangan profesion Pegawai Farmasi dan juga pelan yang disediakan oleh KKM. PPF tidak seharusnya melawan dan 'demand' hak untuk dispen kerana tugas itu termaktub dalam undang-undang.

Pen.Pegawai Farmasi harus menitik beratkan kemajuan dalam aspek tugas-tugas teknikal
dan berjuang hak untuk mendapat tugas tersebut supaya ia boleh di gazetkan dalam akta dan dikawal oleh satu badan seperti di USA, UK dan Kanada.

Jika dilihat dari sudut sejarah keatas negara-negara maju, Profesion "Pharmacy Technician" di Amerika dan Eropah berkembang sangat pesat jika dibandingkan dengan lain-lain profesion. Di Amerika bilangan Pharmacy Technician telah melepasi angka 250,000 orang. Pada 1996,Jabatan Tenaga Buruh Amerika menjangka bilangan Pharmacy Technician adalah sekitar 150,000 pada tahun 2006 tetapi bilangan sebenar Pharmacy Technician pada 2006 ialah 285,000 ! Peningkatan adalah dianggarkan 32% sehingga 2016. (rujuk http://bls.gov/oco/ocos252.htm.)

Berdasarkan sejarah bidang Farmaseutikal, kita juga sebenarnya sedang mengikuti semua langkah-langkah dan kemajuan dalam aspek pembangunan "Pharmaceutical-care" dari negara-negara maju. Mereka telah lama meletakkan Pharmacist di barisan hadapan dikaunter-kaunter dan kita baru mengikuti langkah tersebut.

Apabila tiba pada satu tahap nanti, keperluan akan meningkat kepada Pegawai Farmasi terhadap perkhidmatan klinikal yang tinggi dan kepakaran. Mereka mungkin tiada masa lagi untuk kerja-kerja teknikal yang remeh mengikut tahap pendidikan tinggi profesion mereka. Itulah yang berlaku di Amerika dan United Kingdom. Kerana itulah ujudnya juga pendaftaran Pharmacy Technician di U.K oleh Royal Pharmaceutical Society of Great Britain yang mengawal Pharmacy Technician disana dan di Amerika pula oleh Negeri masing-masing seperti Texas State Pharmacy Board, California State Board of Pharmacy dll. Di Kanada juga mempunyai pendaftaran Pharmacy Technician iaitu Pharmacy Technician Board of Canada.

Daripada pengalaman-pengalaman di luar negara dalam bidang farmaseutikal yang berkembang pesat, tidakkah kita berfikir pada suatu hari nanti semua PPF juga akan menerima pengiktirafan ini? Adalah diharapkan pihak pengurusan lebih berfikiran terbuka dan menerima ahli-ahli dalam keluarga Farmasi demi kualiti dalam perkhidmatan farmaseutikal.

Kesilapan kita memilih nama gelaran juga mungkin menyebabkan rasa kurang senang di pihak pengurusan tertinggi oleh beberapa pegawai tinggi disana. Ini secara tidak langsung akan melambatkan sebarang proses tuntutan kepada perkembangan profesion kita.

Sekiranya kita memilih gelaran yang lebih bersifat teknikal(Teknologis) dan bukan pentadbiran(Penolong Pegawai) iaitu seperti dalam post pertama saya- Pharmacy Technologist, kita mungkin dapat mendalami dalam bidang ini dengan usaha untuk mendapatkan hak kita dalam tugas-tugas teknikal. Pihak pengurusan tinggi Farmasi juga akan lebih lembut dan lebih berkerjasama dalam tuntutan kita.

Jika dalam bahasa melayu gelaran teknikal ini boleh disebut Teknologis Farmasi (Pharmacy Technologist) samada Diploma atau selepas mendapat Ijazah Teknologi Farmasi (Degree in Pharmaceutical Technology) dan Ijazah Farmaseutikal Sains (Degree in Pharmaceutical Science).

Mungkin ada yang akan bertanya selepas mendapat Ijazah tersebut apa pula peranan PPF dan di letakkan diUnit mana? Pegawai-Pegawai Farmasi pula tidak harus rasa terancam sekiranya PPF melanjutkan pelajaran sehingga Ijazah kerana satu hala tuju dan peranan harus disediakan dahulu sebelum menerima Ijazah tersebut dalam perkhidmatan teknikal Farmasi. Kita tidak harus "cross over" dan tidak "overlap" dalam tugas harian perkhidmatan farmaseutikal dengan Pegawai.

Memang mudah untuk ditulis tetapi untuk praktikkannya dan menyediakan satu kertas kerja yang komprehensif, rasional dan cukup justifikasi, kita memerlukan satu Jawatankuasa PPF yang mantap, kreatif, dinamik, pintar, berpengalaman,sifat tidak berkira masa, pemikiran positif, fleksibel dan komited kepada perkembangan profesion.


Walau apapun memang ini kelihatan satu mimpi indah seperti dalam post saya sebelum ini.

- think positive and work towards profesionalism

No comments: