Friday, October 10, 2008

PEN. PEGAWAI FARMASI - "EXTENDED & EXPANDED ROLE "

Penolong Pegawai Farmasi dijangka akan menerima perubahan dari skop tugas dan peranan dalam masa terdekat ini. Mesyuarat Teknikal PPF Kesihatan di KK Kuala Gula, Krian telah membuka satu lembaran baru dan Bhg.Pembangunan Kesihatan Keluarga (Caw.Kesihatan Primer) pada dasarnya telah bersetuju untuk menimbangkan cadangan di Bengkel tersebut dan membawa hasil Bengkel serta kertas cadangan tersebut ke Mesyuarat Teknikal Pegawai-Pegawai Farmasi Kesihatan Peringkat Kebangsaan di Port Dickson pada 8-10 November 2008 akan datang. Kita menerima sokongan yang baik daripada Ketua Pen.Pengarah Bhg.Pembangunan Kesihatan Keluarga (Peg.Farmasi Kanan).

Walaubagaimanapun selepas persetujuan di Mesyuarat Teknikal tersebut, Pegawai-Pegawai Farmasi akan menilai dalam aspek atau ruang mana kita boleh dipertimbangkan untuk peranan baru tersebut. Kemudian baru usul tersebut akan di panjangkan ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.

Apapun pada saya ia adalah satu perkembangan positif. Oleh yang demikian, saya mohon jika ada dikalangan anda mempunyai idea-idea yang bernas, sila sediakan kertas kerja untuk cadangan Extended & Expanded Role untuk PPF dan email kepada saya(pfganesh@gmail.com) sebelum 1 November 2008. Ketua Pen.Pengarah BPKK telah beri mandat pada saya untuk edit dan sediakan kertas cadangan tersebut untuk di compile dan sertakan bersama kertas kerja dari bengkel terdahulu di Kuala Gula selepas didapati lengkap dan komprehensif.

Kepada Pen.Pegawai Farmasi diseluruh Malaysia!, saya menyeru anda semua tampil kehadapan dan bantu menyediakan bersama-sama kertas cadangan tersebut demi pembangunan dan kemajuan Profesion kita.

No comments: